Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sumber tentera Yaman memberitahu pemberita bahawa sekurang-kurangnya 12 orang anggota tentera terbunuh dan puluhan lagi mengalami kecederaan apabila tentera laut negara itu menyasarkan sebuah kapal frigat milik tentera negara Emiriah Arab Bersatu di kawasan pesisiran pantai yang terletak di wilayah Ta'izz.
Sumber yang tidak dinamakan itu memberitahu agensi berita SABA pada hari Ahad bahawa 12 orang anggota tentera UAE kehilangan nyawa mereka dan sekitar 23 yang lain pula mengalami kecederaan apabila kapal frigat yang dinaiki mereka ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Yaman pada hari Sabtu. Kapal itu berada di perairan yang terletak berdekatan dengan bandar pelabuhan Mukha.
Sumber itu turut memberitahu bahawa kapal itu membawa pelbagai jenis bekalan persenjataan dan serangan peluru berpandu itu menyebabkan beberapa siri letupan tercetus di dalam kapal frigat tersebut. Letupan itu berterusan hingga jam 8:30 pagi waktu tempatan dan hanya berjaya dipadamkan setelah pesawat pemadam api turut serta di dalam proses menyelamat kapal itu.
Sumber turut berkata bahawa para anggota yang tercedera telahpun dipindahkan ke bandar pelabuhan Assab yang terletak di negara Eritrea untuk menerima rawatan lanjutan. -ABNA24
/315
31 Julai 2017 - 00:15
News ID: 845154
Sumber tentera Yaman memberitahu pemberita bahawa sekurang-kurangnya 12 orang anggota tentera terbunuh dan puluhan lagi mengalami kecederaan apabila tentera laut negara itu menyasarkan sebuah kapal frigat milik tentera negara Emiriah Arab Bersatu di kawasan pesisiran pantai yang terletak di wilayah Ta'izz.